Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 27 Ogos 2010

Kuih dadar (ketayap)

Kuih dadar 24.8.2010 005Bahan-bahan inti:

Parutan isi kelapa (kelapa muda sedikit)

Gula Nira atau Melaka

Gula pasir

Sedikit air

Daun pandan

Cara:

Panaskan kuali dan masukkan gula Nira dan gula pasir. Pastikan semua gula larut dan tambahkan sedikit sahaja air. Masukkan isi kelapa dan kacau hingga kering sedikit.

Bahan-bahan membuat bater:

Kuih dadar 24.8.2010 003

Sedikit tepung

Air daun pandan

Sedikit batter

1 biji telur

Cara-cara:

Kisar daun pandan dan tapis. Masukkan air daun pandan semula di dalam mesin pengisar. Masukkan tepung dan sebiji telur. Putar dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga pusaran sebesar duit syiling 20 sen.


Kuih dadar 24.8.2010 006

Panaskan dulang pembakar. Letakkan sesenduk bater dan ratakan dalam kuali.




Angkat dan letakkan inti. Gulung dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba….

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...