Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Isnin, 30 Ogos 2010

Seri muka pandan

Talam 29.8.2010 001
Bahan-bahan:
  • 500g pulut direndam satu jam /lebih dengan air
  • 3 helai daun pandan (di belah 2)
  • 500 ml santan pekat (anggaran)
  • 500 ml air pandan (ikut suka kepekatan warnanya)
  • 220 gm gula
  • 2 biji telor
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung kastad
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan air kukusan..biar mendidih. Susun daun pandan dalam loyang 10 x 10 in. Letak pulut yg telah dicuci bersih dan ditoskan airnya. Masukkan 400 ml santan pekat tambah sedikit air yg dicampur dengan 1 sudu kecil garam. (santan mesti hapus paras pulut, kalau terlebih santan boleh buang sikit, kalau kurang tambah dengan air biasa)
  2. Bila air dah didih kukus pulut selama 20minit. Kemudian angkat dan keluarkan dari pengukus. Buangkankan daun pandan. Kuak-kuakkan pulut supaya rata kemudian tekan-tekankan supaya padat( celup sudu dengan air supaya tidak melekat atau gunakan daun pisang)
  3. Kukus semula pulut sementara membuat bahagian atasnya pula.
Bahagian atas kuih:-
  1. Isi tepung gandum dan tepung kastad dalam satu bekas. Kemudian campurkan gula , telur dan garam sedikit. Masukkan air daun pandan dan pati santan (100ml) sikit2 dan kacau perlahan2. (atau bahagi 2 dan blender )Selepas semua bahan sebati tapiskan bahan tadi ke dalam periuk.
  2. Masak bahan dalam periuk dengan api yg kecil dan perlu kacau selalu. Selepas bahan hampir likat (bahagian bawah mula berketul-ketul) , tutup api dan terus kacau...biar sekata dan tidak berketul-ketul.
  3. Buka penutup pengukus dan tuangkan perlahan-lahan bahan tadi di atas pulut. Tutup semula pengukus dan biar  masak selama 20-30 minit.
  4. Selepas masak keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk. Kemudian barulah dipotong untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

1 ulasan:

Maizah Jalil berkata...

Salam sejahtera....Alhamdulillah jadi juga talam kak Mai ni. Seumur hidup kak Mai tak pernah buat talam. Kak Mai tak pasti dari mana resepi tu...tapi kak Mai ubah sikit sebab nak sesuaikan dengan saiz loyang yang digunakan. Kalau yang baru-baru nak cuba buat tu ikutlah betul-betul langkah demi langkah insyallah jadi. Selamat mencuba.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...