Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 18 Ogos 2010

Karipap roti sardin.

Bahan-bahan:

Beberapa kepingan roti.

Inti sardin:

Ikan sardin

1 biji bawang besar (dadu)

1 ulas bawang putih (dadu)

1 biji limau kasturi

Mayonis

Garam secukup rasa

Minyak

Pelekat:

Tepung  dan sedikit air

Cara membuat inti:

Asingkan sardin dari kuahnya.  Sardin dihancurkan dan dicampur mayonis.  Perahkan air limau kasturi.  Tumiskan bawang dan masukkan sardin.  Kacau sebentar dan angkat.

Kulit roti:

Juadah berbuka 18.8.2010 001 

1. Leperkan roti menggunakan penggelek.

Juadah berbuka 18.8.2010 002

2. Letakkan sesudu inti sardin.

Juadah berbuka 18.8.2010 004

3. Gulung dan sapukan sedikit pelekat (tepung gandum + air)

Juadah berbuka 18.8.2010 007

4. Tekankan dengan garpu di kedua-dua hujung roti.

Juadah berbuka 18.8.2010 008

5. Goreng dengan api yang sederhana.

Juadah berbuka 18.8.2010 018

6. Sedap dihidangkan ketika masih panas.

Selamat mencuba.  Satu hidangan yang ringkas sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.  Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...