Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 21 Ogos 2010

Cara Berlauk cara Kak Mai

cara berlauk 021
Hari ni kak Mai cuba-cuba masak Cara Berlauk. Sejak berjinak2 dengan kongsi resepi ni rasanya bertambah rajin pergi ke dapur. Hubby pun rajin gak bantu, tolong ambil gambar lagi…Resepinya hentam saja….bahan-bahannya apa yang difikirkan boleh dan yang sedia ada di rumah……

Bahan-bahan inti:

  • Sedikit Udang segar didadu
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 ulas bawang putih didadu
  • Sedikit halia (tumbuk/hiris halus)
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 biji kentang didadu
  • Cili merah dibuang biji dan dihiris
  • daun bawang untuk hiasan
  • garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan inti:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. 
  2.  Masukkan rempah kari dengan sedikit air. 
  3. Tumis hingga naik bau dan masukkan kentang, udang dan cili hidup. 
  4.  Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan ketepikan.

cara berlauk 002


Bahan-bahan untuk batter:

  • Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air
  • Sedikit kunyit serbuk.
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:
Masukkan air, tepung, serbuk kunyit, telur dan sedikit garam ke dalam pengisar.
cara berlauk 001

Putar hingga sebati dan tambahkan tepung jika perlu sehingga pusaran sebesar syiling 10 sen.
cara berlauk 004
Panaskan acuan,
cara berlauk 009
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan sedikit minyak.
cara berlauk 013
Letakkan inti. Dan hiaslah dengan daun bawang.
cara berlauk 017
Tunggu sehingga masak.
cara berlauk 018
Kemudian angkat menggunakan pencucuk…..dan sedia untuk dihidangkan.

Alhamdulillah…jadi juga cara berlauk kak Mai. Anak-anak dan hubby pun puji ok… Intinya boleh dipelbagaikan, ikut citarasa sendiri . Kalau daging kisar lagi sedap. Selamat mencuba…

3 ulasan:

mama iman berkata...

best nye kak..tak sabo nak wat sendiri...tp kat umah ni tak ada cetak plak :p..tak sabo nak balik kg..leh cuba...emm yummynye!!1

Maizah Jalil berkata...

Tq amisa...kak Mai memang x pandai masak....tapi yang penting kita cuba....x jadi belakang kira...boleh baiki lagi...alhamdulillah masa kak Mai buat cara ni memang dilebihkan sedikit untuk dibawa ke surau saja untuk sama-sama rasa. Tak sangkalah pula tak sempat moreh dah selamat jalan....menurut anak kak Mai kawan-kawannya kata sedap.... masa tu perasan sangat seronok apatah lagi bila anak-anak mula bertanya macam mana ibu buat kuih ni ye...bukanlah rasa bangga atau riak pula cuma penghargaan tu amat bermakna....terutama bagi seorang isteri dan juga ibu....

Tanpa Nama berkata...

Salam, mmm comelnya kuih ni! mesti yummie ni.kuih ni memang lembut dan sedap. Acuan ni guna letrik ya? kat ner lak nak cari ya? tksh.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...