Jumaat, 30 Julai 2010
Daging Gerang
Bahannyaya:
1/2 kg daging lembu yg telah direbus dan dikerat-kerat kecil
1/2 sudu jintan - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 sudu ketumbar -digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 sudu halba + biji sawi
1 senduk cili kisar
1 labu bawang besar , 3 ulas bawang putih, 2 batang serai ,2 inci halia dan lengkuas-kalau dapat semuanya dibakar kemudian dikisar.
1 keping asam keping / air asam pun boleh secukupnya
minyak utk menumis.
air, daun limau purut dan garam secukupya
2 sudu kerisik
Caranya:
Tumiskan jintan,ketumbar, halba dan biji sawi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yg telah dikisar dan cili kisar. Tumis hingga garing dan naik wangi. Bila sudah garing masukkan sedikit air dan daging yg telah direbus tadi. Tambahkan air secukupnya. Tambahkan garam ,asam keping dan serbuk perasa atau sedikit gula jika suka. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali masukan kerisik dan daun limau purut
Dah siap... Daging Gerang ASam.... sedap dimakan dgn nasi putih...
Resepi ni diambil daripada seorang kawan di "Kongsi Resepi". Kebetulan hari ni ada makan-makan di sekolah Kak Mai. Jadi ambillah kesempatan ni ingin mencuba resepi baru. Memang sedap. Terima kasih kepada kekawan di Kongsi Resepi...
SelamatMencuba
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam saya nak minta izin mencuba resepi ini bila ada kesempatan harap dihalalkan dunia akhirat terimakaseh.
Catat Ulasan