Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Isnin, 25 Mac 2013

Portuguese Egg Tart



       

Assalamualaikum.

Selamat petang. Hari ni nak cuba buat portugis egg tart. Tart ni kak Mai cuba buat  atas permintaan  Saniah Muhammad.

Jom skodeng sini:
Tart Telur Portugis
Olahan: Kak Mai

Bahan Untuk Crush :
1 paket puff pastry

Bahan filling :
1 cawan susu cair @ susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence




Puff pastry
Cara membuatnya :

Untuk buat crust : 

Bentangkan puff pastry dan potong bulat (kak Mai guna gelas jer)



Masukkan puff pastry yang dah dibulatkan ke dalam acuan. Kak Mai guna bekas aluminium.



Cara buat filling : 
Pukul manja gula dan telur biar sebati.
Masukkan semua bahan filling yang belum lagi dimasukkan. Kacau hingga sebati dan tapis adunan filling tadi. Kemudian tuang  bahan filling ke dalam acuan bekas tart yang diletakkan puff pastry tadi.
Bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.



Elakkan pembaziran:


Baki potongan puff pastry tu jangan dibuang. Kak Mai bentuk atau gulungkan kecil-kecil dan bakar sekali. Boleh dijadikan kudapan sewaktu minum petang atau menonton tv bersama keluarga.


Inilah hasilnya. Sedap dicicah bersama jem strawberry atau sebagainya ketika masih panas.

3 ulasan:

adda syuhada berkata...

mesti sedap nih..yummy..

Haziqah Izzati berkata...

Salam. Nak tanya. Yg puff pastry tu tak roll dulu ke? Kalau terus tekap bulat pon boleh ea without rolling?

Maizah Jalil berkata...

Wsalam. Saya terus tekap je.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...