Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 23 Februari 2013

Steam buttercream cake: Kek tunang




Assalamualaikum semua. Hari ni baru nak masukkan entri kek nie.  Belum terlambat nak ucapkan Selamat bertunang buat Syahir dan Efa, Sentul.

Resipi kak Mai guna dari sini. Cuma nak tunjuk step by step kak Mai buat kek nie yo. Kak Mai guna loyang bentuk luv. Adunan tu akak bagi dua. Masukanlah berselang-selang satu senduk-satu senduk sampai habis. Bakar pada suhu 180C api bawah je dulu yo. Lepas 20 minit tu gunalah api atas bawah, bakar lagi dalam 20 min. Kalau cucuk dengan lidi tak lekat dah masaklah tu. Kalau tak tambahlah lagi masanya yo.


Sejukkan dulu sebelum keluarkan dari loyang.



Potonglah kek tu dengan pemotong kek. Asingkan dulu.




Menyediakan steam buttercream:

Bahan:

250 gm krimwell
125 gm shortening
25gm butter
125gm gula icing (ayak)

Caranya: 

Satukan semua bahan. Putar hingga sebati dan gebu lebih kurang 7 minit.  Boleh tambah pewarna atau perasa jika suka.


Ratakan sedikit cream pada kek. Pastikan bahagian tepi atau bucu kek tu membulat supaya senang buttercream tu nak terjun masa kita curahkan nanti.


Keluar sebahagian atau ikut keperluan dan masukkan dalam besen plastik. Tapi kak Mai guna besen bosi jo sebab besen plastik entah mana sembunyi nyo, 

Didihkan air dalam kuali. Bila mendidih tutup je api tu. Rendamkan kejap mangkuk besi tu ye. Masalahnyo klu guna besen besi ni kena cepat-cepat angkat dan kacau jangan sampai berminyak pula. Sebab tu letak sekejap dan angkat. Kacau bagi rata kalau masih tak mencair letak semula sambil kacau.


Bila dah cair dan tidak berketul-ketul, tuangkan atas kek (letakkan kek atas redai beralas loyang) Hentakkanlah kek tu supaya rata dan licin.  Kalau tepi-tepi tu tak comel tak ape nanti dah deco tak nampak pun, Macam orang jugakan kalau dah bedak dan makeup lawa je....


Alihkan kek ni perlahan-lahan.


Biarkan cream tu mengeras dulu sebelum deco.


Hiaslah ikut selera mata masing-masing.


Hampir siap.



Kak Mai guna nozel daun untuk buat hiasan pada kek nie. Oklah diharap dapat membantu kekawan macam mana nak buat steam buttercream cake. Selamat mencuba.



5 ulasan:

adda syuhada berkata...

cantiknya...

Maizah Jalil berkata...

Terima kasih.

NurainNadzmin berkata...

Nak order macam mana.. quotation price please..tunang 15/9 ni..Kak Mawarni,Bank Negara recommand akak :)

Maizah Jalil berkata...

Kyra kyrana boleh jer order. Saya pm harga ye.

Maizah Jalil berkata...

Kyra kyrana add akak di fb Maizah Jalil.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...