Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 28 Februari 2013

Kek pisang


Assalam. Semalam en hubby bawa balik pisang sesisir. Hari ni sajalah buatkan anak-anak kek pisang. Tinjau2 bloh kekawan berminatlah pulak dengan kek pisang dari blog kak Fauziah Samad. Cubalah tapi kak Mai gandakan kuantitinya. Kebetulan En Hubby pun nak bawa sama kek ni ke offis katanya ada meeting. Jom tinjau resipi.



Kek Pisang
Sumber: Blog Kak Gee
Olahan: kak Mai

Bahan-bahan: (3 loyang)

  • 6 biji pisang berangan 
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan minyak masak
  • 8 biji telur gred A
  • 3 cawan tepung gandum diayak bersama 2 sudu teh baking powder dan 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Hiasan atas kek (kak mai tambah)

Sedikit coklat urai.

* campurkan sekali sedikit dalam kek pun ok juga.



Cara-cara:

  1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak.
  3. Bland pisang dengan satu cawan minyak.
  4. Putar gula dan  telur hingga gebu.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dan putar perlahan hingga sebati.
  6. Tuangkan 1 cawan minyak lagi  dan kacau dengan spatula.
  7. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 40 - 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi  untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.


*** Letakkan kek di rak paling bawah oven  api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.



Bahan-bahan (Resipi asal)

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...