Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jom cuci mata layan selera

Jom Masak Slideshow: DARI’s trip to Bangi was created with TripAdvisor TripWow!

Selasa, 11 Disember 2012

Aiskrim Durian Lemak Berkrim



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Semalam kak Mai  buat aiskrim kiwi dan durian. Hari ni bolehlah dihidangkan untuk keluarga. Maklumlah hari nikan Negeri Selangor cuti. Memandangkan stok durian banyak dalam peti sejuk,(Kalau nak tahu mana kak Mai dapat durian tu, jom skodeng sini) jadi ambil kesempatan buatkan anak-anak aiskrim durian nie. Ternyata memang sedap sangat. Cubalah buat senang dan sedap pula tu. Rugi kalau tak cuba. Jom kita intai resipi ni dulu ye.  

Bahan A:
1/2  tin susu pekat 
1/2 tin susu cair
1/2 tin air masak
1 sudu makan ovellete
1 biji telur
sedikit vanilla

 


Bahan B:
1  cawan  isi durian.
1/2 tin air masak.

Hiasan:
Coklat chip atau coklat urai.
Kacang atau badam cincang (jika nak)
Topping coklat/strawberry dll ( jika suka)

*Saya hias dengan filling strawberry...rasa masamnya kena dengan lemak manis aiskrim durian tu. 


CARA-CARANYA:

Campurkan semua bahan A dan pukul guna mixer hingga  gebu.







Blend bahan B kemudian campurkan ke bah. A tadi. Putar lagi.
Masukan dalam bekas .Kemudian bekukan.  



Keluarkan sebentar sebelum diskopkan ke dalam bekas dan hiaslah ikut citarasa  masing-masing.


 

Senang sajakan. Selamat mencuba ye.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...