Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 25 Ogos 2012

Strawberry Chocolate Cupcake


Asalamualaikum semua teman dan rakan taulan. Hari ni saya dan keluarga tak kemana-mana sebab En. Abang dah mula kerja. So terperap sajalah di rumah.  Memandangkan musim raya pun panas lagi ni dan anak-anak pun semuanya masih ada di rumah jadi ambil kesempatan untuk buatkan mereka ni kek cokelat.  Oleh kerana malas nak buat sebiji kek sebab berkecah sikit masa dipotong dan dimakan jadi kak Mai masukkan saja ke dalam cup supaya lebih mudah diurus dan lebih mudah dihidangkan.


Resepinya di bawah ni ye:

Bahan A : (pukul sampai kembang + putih + gebu)

  • 3 biji telur gred A
  • 2 cawan (430g) gula castor


Bahan B : (ayak sekali) 

  • 2 cawan tpong superfine (290g) tepung biasa pun boleh.
  • 1 cawan koko (100g)
  • 1 sudu teh baking powder D/A
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C : (campurkan sekali)
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 1 sudu makan gliserin
bahan D :
  • 1 cawan air didih

 
CARA-CARA :

  1. Pukul A sampai kembang.
  2. Masukkan B & C selang seli dlm A. gaul sebati
  3. Bila sebati, masukkan D. Gaul rata dan masukkan separuh adunan dalam cup.
  4. Bakar suhu 175 darjah celcius - 30 minit - 45 min.
  5. Sejukkan kek

CHOC. GANACHE
  • 400g cooking choc
  • 400g fresh cream
  • 1 sudu butter
cara : panaskan fresh cream sampai ada bubble tepi loyang- double boil, tuangkan cooking choc.- tutup api dan kacau smpi coklat cair. masukkan butter. biarkan pekat.

Bahan hiasan:

beberapa biji strarberry di belah 4.



Cara menghias:

Tuangkan coklat ganache atas cupcake dan ratakan.  Biarkan sebentar dan hiaskanlah dengan strawberry yang telah dipotong.




SIAP UNTUK D NGAP.....SELAMAT MENCUBA.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...