Asalamualaikum semua teman-teman. Hari ni oven berehat sekejap. Tapi dapur tetap berasap sebab perut anak-anak perlu diisi kalau tak nanti kelaparan. Menu hari ni ikan keli (beli dari Cikgu Habsah) goreng berlada dan sayur campur goreng bodoh2 je.Dan buat sang putri macam biasa kalau tak ayam goreng suplah kan.....Hari ni menunya sup ayam.
Lepas masak rehatkan badan sekejap...sebab penat hari ni. Lepas hantar anak sekolah petang terus ke Semenyih bersama Pn. Mariam mencari hadiah untuk Sukan Hari Guru nanti yang akan diraikan pada 24 Mei ini.
Petang, lepas ambil anak dari sekolah mengaji, kemas-kemas halaman rumah sebab esok ada tetamu. Katanya nak tengok pokok anggur.
Malam ni abang balik lewat, angah pula dah ke Surau Desa Ria bersama kawan-kawannya. Ada study group n Qiamulail katanya.
Boringlah pulak dah biasa buat kerjakan....jadi sementara tunggu en abang balik, bercadang malam ni nak menyulamlah pulak siapkan tempahan GPK KoKu untuk pakai majlis perkahwinan anaknya cuti sekolah nanti.
Tangan gatal buka FB dulu tu....tadaaaa hari ni jumpalah benda baik bawah nie yang dikirim oleh kekawan di FB daripada SAHABAT HALAL JAKIM. Rasanya berguna untuk kita dalam memilih makanan yang halal untuk kita sebagai umat Islam betul tak. Jomlah kongsi logo-logo halal nie untuk panduan kita agar hilang rasa was-was dalam diri. Kalau dapat fotostat lagi baik dan bawa dalam handbag mana nak ingat semua logo2 nikan.
LOGO HALAL MALAYSIA..dan juga logo2 HALAL ANTARABANGSA yang di iktiraf oleh JAKIM
Terima kasih tidak terhingga kepada SAHABAT HALAL JAKIM kerana info yang sangat berguna pada kita untuk dijadikan panduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan