Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 12 Mei 2012

BUBUR LABU

Asalamualaikum dan selamat  petang Sabtu yang ceria. Pagi tadi pergi pasar ternampaklah buah labu nie.  Rasa teringin pulak nak makan pengat atau bubur labu.  Rasanya semua orang tahun nak buat pengat niekan.  Malulah pula nak letak resepinya di sini.  Tapi tak apelah sekadar nak berkongsi dengan anak-anak ye tak.....




Bahan:

  • Sebiji labu (kalau tak ramai 1/2 pun cukup)
  • 400gm santan pekat (kalau nak lemak tambah lagi)
  • 100gm sagu mata ikan(rendam)
  • Gula pasir ikut sukalah ye (kak Mai tak suka manis sangat)
  • 1/2 buku gula melaka (untuk cantikkan warnanya)
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan (untuk naikkan baunya)
  • Air 


Cara-cara:
  1. Buang kulit labu dan potong dadu (sedang2 ye jangan kecil sangat nanti hancur)
  2. Rebus sebentar labu (jangan lama sangat nanti labu hancur)  bersama daun pandan.
  3. Masukkan santan, gula pasir, gula melaka dan sedikit garam.
  4. Kacau hingga labu empuk.
  5. Akhir sekali tapis sagu biji dan masukkan ke dalam periuk.  
  6. Kacau perlahan-lahan hingga sagu masak (dah tak putih di tengahnya) 
  7. Tutukan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...