Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 14 Januari 2012

Nasi ayam

Hari ni masak simple je nasi ayam saja nak melayan anak-anak kecik yang suka makan sup….
IMAG1445
Bahan:
Sup/air rebusan:
  • 1 ekor ayam
  • Air  secukupnya
  • 1 in hirisan halia
  • 4 ulas  bawang putih dihiris
  • 1 labu bawang besar dihiris (bawang kecil lagi bagus tapi saya ni malas guna je bwg besar)
  • sup bunjut
  • sedikit rempah tumis (bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis)
  • garam secukup rasa
  • daun bawang dan daun sup
  • sedikit  maggi secukup rasa/kiub ayam.
Cara:
  1. Rebus ayam dengan air secukupnya bersama sup bunjut. 
  2. Bila mendidih tumiskan rempah tumis,  bawang dan halia dalam kuali lain.
  3. Masukkan bahan tumis ke dalam sup/rebusan. Biarkan sebentar dan masukkan garam dan secukup rasa.
  4. Angkat ayam dan perap bersama sos tiram.
  5. Air rebusan diambil separuh untuk masak nasi pula.
Nasi:
  • 6 cawan beras
  • 2 mangkuk/1200 ml air rebusan ayam (ikut beras
Cara:
Cuci beras dan masukkan air rebusan ayam tadi . Masak seperti biasa.
Sos kicap hitam
IMAG1440
Bahan:
  • segenggam cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • kicap manis
Sos Cili Merah:
Bahan:
  • 4 biji cili segar merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 in halia.
  • air perahan limau
Cara:
  1. Kisar kedua-dua cili  secara berasingan.
  2. Masakkan sebentar atas api perlahan.
  3. Sedia dihidangkan.
Penyediaan ayam:
  1. Goreng ayam yang telah diperap sebentar.
  2. Potong atau hiris ayam yang telah digoreng.
Hiasan:
  • daun salad
  • hirisan tomato
IMAG1439

Selamat menjamu selera……

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...