Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 9 September 2011

Biskut Almond London

Kuih raya 041  

Bahan-bahannya:

250gm butter

130gm gula halus

450 gm tepung gandum/rose merah

2 biji kuning telur

1 cmt vanilla

1 cawan badam kisar

Badam bakar secukupnya

Badam cincang untuk hiasan (bakar sebentar)

Coklat masakan (Cairkan + sedudu minyak jagung)

Caranya:

Pukul butter dan gula halus , masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, masukkan telur satu persatu dan adun hingga menjadi doh kemudian masukkan badam kisar. Adun hingga jadi doh yang lembut. Salutkan badam dengan sedikit doh. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 170 C selama 15 – 20 minit.  Keluar dan sejukkan biskut.

Kuih raya 019

Cairkan coklat dan sejukkan sedikit kemudian tuang (guna piping bag) ke atas biskut.   Hiaslah dengan badam cincang.  Biarkan sejuk dan coklat keras.

Kuih raya 038Simpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...