Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 30 Julai 2011

Nasi Goreng Tomyam

Top.bmp

Bahan A:

3 mangkuk nasi

100gm udang (buang kulit)

100gm sotong (potong kecil)

100gm isi ayam (hiris)

100gm lobak merah (didadu)

100gm kubis (hiris)

2 biji telur

3 tangkai daun ketumbar/bawang (racik)

Sedikit minyak masak

Garam secukup rasa

Cili padi jika suka(belah dua)

Bahan B (kisar):

10 tangkai cili kering

1 batang serai

2 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

1 sudu besar udang kering

Caranya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar  hingga wangi. Masukkan ayam dan lobak dan kacau hingga masak.  Masukkan udang, sotong, kubis dan garam.    Kacau rata.  Kemudian masukkan nasi dan dikacau hingga rata. Pecahkan telur dan dikacau lagi.  Rasa garamnya dan tutupkan api. Akhir sekali taburkan daun bawang (anak-anak tak suka daun ketumbar) dan gaul sekali lagi. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.  Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...