Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 10 April 2011

Baru bermula

        Hari ni bermulalah aktiviti baruku selain membuat coklat……Kekawan ada yang meminta aku membuat kek atau cup kek.  Ada kawan yang dah tempah cup kek pun…Tapi aku bukanlah pandai sangat, yang pasti aku tetap akan cuba. 
      Baru nak belajar ni…..Hujung minggu nanti baru nak pegi belajar deco kat rumah kawan.   Disebabkan hati yang tak sabar2, lebih2 lagi bila buka fb macam2 kek yang dilihat, membuat hati aku bertambah tak sabar nak buat sendiri.  Ini ilham dari bakal guru aku tak lama lagi ni.  Melihatkan kek2nya yang cun2 tu (yang pasti aku tak tau nak buat he he he)……maka terbentuklah kek di bawah ni…taklah cantik manapun tapi puas hati buat sendirikan….Insyallah aku tak akan mengalah aku pasti cuba juga untuk buat kek2 yang lain…
            Ini kes nak cuba-cubalah ni….Asalnya nak buat cup kek, tengoklah apa yang jadi …..
Kek 10.4.2011 004 Kek 10.4.2011 002
            Sebenarnya bahan dah adun, belum sempat tuang dalam cup abang dah ajak keluar…jalan mudah bakar dalam loyang jelah…….Esok warga SKRH yang duduk berjiran meja dengan kak Mai dapatlah rasa kek ni.  Taklah sedap mana pun. Macam biasalah bila dah rasa, kalau nak boleh order he he he….gurau je….

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...