Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 19 Mac 2011

Maggi kari sayuran….

Avokado jus 18.3.2011 013




Penat…letih…capek…he he he…bujang-bujang kak Mai dah lapar…Bila tengok kak Mai dah tergolek anak bujang nak masak sendiri le pulak.  Kak Mai kesian tengok mereka pun penat gak….jadi masing-masing memainkan peranan….
Bahan:
6 bungkus maggi kari
6 biji telur (sorang satu)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (hiris)
sedikit hirisan lobak
Sawi (dipotong)
1 biji cili merah (hiris)
Sedikit minyak untuk menumis.
Caranya:
Panaskan kuali.  Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih.  Tambahkan air dan  perencah maggi kari.  Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan mendidih. Masukkan mee dan pecahkan telur satu persatu….. kacau perlahan.  Sedia dihidangkan ketika masih panas…Jangan tunggu sampai maggi sudah kembang ha ha ha  terus makan..


Avokado jus 18.3.2011 013
Abang pula nak minum jus buah avokado yang dibeli di Cameron Highland .  Nak makan malam ni juga katanya esok tak sempat sebab nak balik kampung …. ni gambarnya….


Avokado jus 18.3.2011 016
Kalau nak resipinya di sini.
Selamat mencuba…..

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...