Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 4 April 2013

Kek Karamel Coklat Moist

Photo: Yummmmmy....sedap rupanya  kek karamel coklat moist nie...

Assalamualaikum dan selamat petang.  Apa khabar semua.  Alhamdulillah syukur kak Mai sekeluarga termasuk mak, sihat sihat saja. Petang ni cuba lagi satu resepi yang kak Mai ambil dari Rohaida Rasdi boleh kunjung di sini. Sebenarnya pernah buat sekali kek karemal dulu-dulu lah tapi kurang menjadi. Oleh kerana permintaan seorang rakan sekerja maka kak Mai pun mintalah bantuan Mr google  mencari resepi. Itu yang menyinggah di blog "Sentuhan RasaKasihmama". Terima kasih kepada tuan punya resepi asal ye sebab kak Mai nak kongsi resepinya di sini.


Bahan A:
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • ½ cwn susu pekat
  • ½  cwn gula
  • 1 cwn minyak jagung
Cara:
Campurkan semua bahan A dan kacau atas api hingga sebati. Rehatkan sebentar sementara menyediakan bahan lain.
BahanB:
  • ¾ cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil  baking powder
Cara:
Ayak semua bahan B dan ketepikan dulu.
BahanC:
  • 4 biji telur (blend je)
Cara:
Satukan bhn B dan C ke dlm bhn A  dengan senduk secara berselang seli  hingga sebati dan ketepikan.
Menyediakan Karamel:
Bahan :
  • 2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")
Jika loyang kecil kurangkan sedikit atau jika loyang besar lebihkan sedikit gula.
Caranya:
Masukkan gula dalam loyang dan  panaskan atas api hingga menjadi gula hangus.
Biarkan sebentar.
Bahagian atas (karamel):
  • ½  tin susu cair
  • 50gm gula castor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
(Kacau lemah gemalai jangan sampai berbuih)
Cara:
Tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus tadi. Bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh).Dalam 15 minit hingga karemal pekat. Keluarkan dari oven dan curahkan perlahan-lahan adunan  kek.
Kemudian bakar cara bain marie  selama 1 jam @ sampai msk dengan suhu 160C. Keluarkan dari oven dan rehatkan dalam 15 – 20 minit baru diterbalikkan. Siap.
 Petua:
  1. Pastikan karemal agak beku baru tuang adunan jika tidak adunan akan bercampur dengan karemal.
  2. Jangan terbalikkan ketika masih panas nanti karemalnya pecah.
  3. Jika hendak kukus karemal tu pun boleh kemudian setelah masukkan adunan kek baru di bakar.
 Selamat mencuba ye.....


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...