Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 26 Januari 2013

Cucur jagung & sos



Assalamualaikum. Apa khabar semua, semoga semuanya sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH. Kami baru  saja pulang dari Cameron Highland. Saja bawa anak-anak jalan-jalan sambil ibunya nak shoping bunga-bungaan....seronok memandang bunga-bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran segar di sini.








Malam kami ke pasar malam di Brincang. Berbagai-bagai makanan ada dijual. Tak ketinggalan bunga kaktus.  Kak Mai beli juga. 8 pasu RM 10. Berbaloikan.

Oklah masa di CH Mr Hubby beli dua longgok jagung mutiara rasa namanya. Memang sedap. Separuh kak Mai kukus dan dua tongkol Mr Hubby hiris isinya untuk buat cucur.

Bahan:

Dua tonggkol jagung ( ambil isinya)
3 cawan tepung gandum (ayak dgn 1 camt baking powder)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji telur
air garam secukupnya
1 sudu secukup rasa
Daun kucai atau daun bawang
Cili ( buang biji dan hiris halus jika suka)
Isi udang  didadu atau ikan  bilis tumbuk kasar
Sedikit serbuk kunyit (jika suka)

Caranya:
Campurkan semua bahan . Gaul  dengan air garam dan tambah secukup rasa. Panaskan minyak dalam kuali. Dengan menggunakan sudu, gorenglah cucur hingga habis. Angkat bila dah perang. Angkat dan toskan. Sedap dihidangkan panas-panas dengan sos cili atau sos buatan sendiri.


Sos cucur:

1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk kecil cili mesin
1 sednuk kecil sos tomato
3 sudu makan gula
sedikit garam
1 hingga 2 cawan air ( agak-agaklah)


Cara: 
Campur kesemua bahan dalam periuk. Masak hingg mendidih. Rasalah masam, manis dan masinnya sesedap rasa lidah kitalahkan.  Selamat mencuba. 





2 ulasan:

faa.rosli berkata...

sedap sedap sedap!

Maizah Jalil berkata...

...memang sedap pun he he he. TQ.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...