Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 19 Januari 2013

Choco Cheese Marble Cupcake


Assalamualaikum. Selamat petang Sabtu. Sambil mengemas halaman rumah, melayan juga kerenah anak-anak. Tengok Boboboi....mereka terkenang koko Tok Abah. Ibu jadi mangsalahkan......Tapi tak apalah ibu pun lama dah tak membaking, seminggu pun dah terasa lama he he he....

Cupcake ni dah pernah kak Mai buat dulu-dulu boleh tinjau sini.. Rasanya ramai yang suka dengan kelembutan dan kegebuan kek ni.  Bahan pun tak sesukar mana pun. Jom cuba sekali lagi ye....



Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur


Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu segar. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.


3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.




Selamat Mencuba.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedap dan nmpak comel jer cupcake tuh..

Maizah Jalil berkata...

Memang sedap cupkek nie adda syuhada.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...