Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Selasa, 5 Februari 2013

Buttercake dengan lapisan blueberry.


Tempahan Raywin Raj untuk Birthday Ibunya. TQ.


Bahan:

2 cawan butter
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1/2 cawan air atau susu cair
6 biji telur
sedikit vanilla

Hiasan:
Filling blueberry
Pewarna ungu
250 g Whipping cream

Caranya:

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan vanilla, tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang dengan air atau susu cair dan putar perlahan hingga sebati. Masukkn dalam loyang yang telah dialas kertas minyak. Bakar 180 C selama 45 minit menggunakan api atas bawah.

Menghias:

Sejukkan kek sebelum dihias.  Belah dua kek menggunakan pemotong kek (dawai) Putar whiping cream hingga kental dan bahagi dua. Sebahagian warnakan ungu. Sapukan sedikit krim putih pada lapisan pertama. Paipkan blueberry filling dan ratakan. Lapiskan dengan lapisan kedua kek. Sapu keseluruhan kek dengan krim putih menggunakan spatula hingga licin. Hiaslah kek mengikut suka. Kak Mai hias gunakan nozel daun. Mulakan bahagian tepi kek. Baki cream kak mai buatkan bunga menggunakan nozel yang sama. Paipkan filling blueberry di tengah-tengah bunga. Hiaslah ikut selera mata masing-masih menggunakan bahan yg masih ada tu. Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...