Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 5 Julai 2014

Bebola kentang cheese





Bahan A:

2 biji kentang (rebus dan lecek)
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
serbuk perasa ayam/bilis (tak letak pun ok jer)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit lada hitam kisar kasar
daun origano (pilihan)

Bahan B

Cheese mozarella  ( kak mai guna cheesedale jer)
Serbuk roti
1 biji telur

1.  Campurkan semua bahan A dan adun hingga sebati dan tak melekit. Jika lekit tambah tepung                  sedikit2.

2.  Kak Mai guna cheesedale (itu je yang ada) lapikkan dan potong bentuk dadu.

3. Ambil sedikit adunan bulat dan leperkan jika melekit tabur sedikit tepung pada tangan. Letakkan             chesee ditengah2 dan bulatkan semula.

4. Celupkan dengan telur.

5. Kemudian gulingkan dengan serbuk roti.

6. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga garing tapi jangan terlalu lama nanti hitam.


7. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan dengan thai sos. Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...