Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 23 Februari 2013

Happy 1st Birthday Naqib








       

Hari ni ulang tahun pertama kelahiran anak En. Zaidi, Muhammad Naqib Dini. Selamat hari Lahir. Semoga menjadi anak yang soleh.

Resipinya:

Loyang 12" X  12"

Bahan:

750gm tepung sponge cake mix
195ml air putih
12 biji telur
195 ml minyak jagung
2 sudu perasa oren
filling blueberry
filling oren

Hiasan:

Whiping cream secukupnya
Edible imej (beli harga dlm RM 10 sekeping)
Dark chocolate coin
Sedikit filling blueberry

Caranya:

Masukkan tepung, telur dan air. Putar hingga gebu. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati. Keluarkan 1/3 adunan (dlm 540gm) dan masukkan dalam loyang yang dialas. Bakinya dicampurkan dengan perasa oren dan bahagi dua loyang lagi. Bakar pada suhu 175C selama 30 min.

Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan.  Putar whipping cream hingga kental dan ikutlah cara di bawah nie yo.



lapisan pertama: Sapu sedikit whipping cream dan filling blueberry.


Letakkan lapisan kedua dan ulang cara diatas dengan filling oren.


Letakkan lapisan ketiga dan ratakan keseluruhan kek dengan whipping cream hingga rata sebelum dideco.Bentangkan edible imej. Kak mai gunakan nozel daun untuk deco kek ni atau terpulang kekreativiti masing-masing.


Hampir siap di deco


Siap sudah.

Oleh kerana sayang nak ganggu gambar upin dan ipin, kak Mai print ungkapan kata2 yang panjang jugalah nie. Rasanya kalau ditulis atas kek tu terganggulah gambar tu. Apa pun terima kasihlah pada En. zaidi yang memberi kepercayaan pada kak Mai ni. Kalau ok Alhamdulillah kalau tak ok maaflah ye.  Kalau nak cuba buat ikutlah resipi di atas Insyallah jadi. Kalau tak jadi order je ngan kak Mai yo.. he he he...


Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...