Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Jumaat, 15 Februari 2013

Bahaya soya untuk kesihatan



Assalamualaikum. Hari ni masih lum masak lagi. Balik dari sekolah lambat sikit hari ni. Lepas Jumaat nak singgah kedai masih lum buka lagi. Bawang sebiji pun dah tak ada di dapur. Jadi tangguhkanlah dulu masak hari ni. Sebenarnya petang ni ada misi menyiapkan sebiji kek pertunangan. Biarlah dulu yo....sebab tak sabar nak cari sesuatu untuk berkongsi dengan kekawan.

Al kisah bermulanya begini...... Petang semalam Mr. Hubby tetiba bercerita tentang bahaya soya dan produk2 seangkatan dengannya kecuali kicap, taucu dan tempeh. Katanya semua yang berasaskan soya usah dimakan atau diminum lagi.  Akur dengan kata-katanya. Cuba juga cerita dengan kawan-kawan di sekolah tadi. Tapi rasanya macam tidak cukup bukti jer.... Jadi balik sekolah terus mengadap lappy mencari maklumat berhubung kacang soya yang diagung-agungkan kebaikannya ini. 

Ada yang cakap soya ni baik.. ada pulak fakta yang cakap soya ni tidak baik. Mana satu yang betul ye?
Kak Mai pun tak pasti kesahihannya.  Jomlah kita baca sama-sama hasil pencarian dari blog ke blog ni. Lepas membaca tu pandai-pandailah timbagg sendiri ye...kalau kata baik terpulanglah dan jika rasa kurang elok diamalkan pemakanannya, tinggalkanlah ye....



Antara kebaikan kacang soya:

  • Khasiat kacang soya untuk wanita.Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

(Erny Hernani Hashim (2005), Khasiat kacang soya untuk wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Disember 2005, bilangan 33) ????? Betul ke nie?

  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. ada baiknya.. tetapi..

PESANAN: Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini. (Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29) 
 


 Keburukan soya pula:

  • Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
  •  Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,.
  • Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
  • Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak.
  • Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya: kembung perut, kekurangan asid amino dan  kerosakan pankreas.

Diisebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya  membasuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium untuk pastikan antizat tu hilang. Malangnya, wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK.

Nak tahu lagi keburukannya:
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  •  Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang).

2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita. 

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1) Komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
(2)Kkomponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 )Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4) Link hemaggluttin ni lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupon sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Jom kita tinjau di  "Natural Health Strategies" . Banyak maklumat berhubung soya boleh dikongsi bersama  dalam artikel ini. Jom kongsi.

Menggalakkan makanan soya sebagai makanan kesihatan manakala mengabaikan bahaya soya dan derivatif soya seharusnya dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Jika anda fikir kenyataan ini adalah terlalu ekstrem, bacalah artikel ini hingga akhir, dan kemudian fikirkanlah sendiri ye. 


Satu Ringkasan Bahaya Soya

  • Kacang soya dan produk soya mengandungi paras tinggi asid phytic yang menghalang penyerapan kalsium, magnesium, tembaga, besi, zink 
  • Diet yang tinggi dalam asid phytic telah ditunjukkan kepada menyebabkan masalah pertumbuhan dalam kanak-kanak.
  • Trypsin inhibitor dalam soya mengganggu penghadaman protein dan boleh menyebabkan gangguan pankreas.
  • Haiwan ujian menunjukkan pertumbuhan terbantut apabila makan trypsin inhibitor dari soya.
  • Estrogen tumbuhan yang terdapat dalam soya, dipanggil fitoestrogen, mengganggu fungsi endokrin dan mempunyai potensi untuk menyebabkan kemandulan serta untuk menggalakkan kanser payudara di kalangan wanita dewasa.
  • Hipotiroidisme dan kanser tiroid boleh disebabkan oleh fitoestrogen soya.
  • Formula bayi soya telah dikaitkan dengan penyakit tiroid autoimun .
  • Soya telah didapati untuk meningkatkan keperluan badan untuk vitamin B12 dan vitamin D.
  • Protein soya rapuh terdedah kepada suhu tinggi semasa pemprosesan untuk membuat protein soya mengasingkan dan protein sayuran bertekstur, sesuai untuk pencernaan manusia .
  • Ini proses keputusan yang sama dalam pembentukan lysinoalanine toksik dan nitrosamines sangat karsinogenik . (Tidak bunyi seperti apa-apa sesiapa mahu makan, adakah ia?)
  • MSG, (juga dipanggil asid glutamik percuma), neurotoksin kuat, terbentuk semasa pemprosesan makanan soya . MSG tambahan Banyak produk soya ditambah juga. (Lihat video mengenai bahaya Aspartam, kimia sepupu MSG).
  • Makanan soya mengandungi paras tinggi aluminium toksik, yang negatif kesan sistem saraf buah pinggang dan telah dikaitkan dengan bermulanya Alzheimer.


Jom teruskan membaca.......di "Natural Health Strategies"

Pengesahan lanjut mengenai Penggunaan Soya

Asma
Kelesuan Kronik
Kemurungan
Diabetes
Jantung Aritmia
Jantung atau Penyakit Hati
Kemandulan / Masalah Reproduktif
Sindrom Usus Rengsa
Pembelajaran Kurang Upaya / ADD / ADHD
Pankreas Kecelaruan
Baligh Pramatang atau Lambat
Artritis Reumatoid
Tiroid Syarat:
Gangguan Tiroid (Graves 'atau Hashimoto Penyakit auto-imun)
Goiter sering
Hipotiroidisme
Hipertiroidisme
Tiroid Nodul
Kanser Tiroid
Tiroid gangguan lain
Kanser rahim
Sentiasa berasa sejuk atau suam
Anemia
Masalah tingkah laku
Kuku rapuh
Ekzema
Penipisan rambut a
Hyperactivity
Keletihan atau tekanan darah rendah
Tulang dan sendi yang sakit
Mata berair atau bengkak

Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut:


Maaflah kalau tak faham berhubung artikel di atas tu. Kak Mai pun cedok sana-sini juga.
Rasanya cukup-cukup sudah...dah cukup panjang dah nie.Sejauh mana kebenarannya  ambil dacing timbanglah sendiri. Masa mengandung anak keempat dulu sampai beli mesin soya untuk buat air soya sendiri. Setiap hari minum soya sebab ada dengar orang kata, kalau nak anak kulit putih, minumlah air soya.  Hari-hari order tahu sumbat (memang suka pun)Tapi masa mengandunglah....tak mengandung pun suka air soya dan tahu sumbat gak.

Barang yang lepas jangan dikenang. Itu dulu masa tak tahu. Sekarang dah tahu elakkanlah makan dan minum air tahu (soya) Kalau teringin sesekali tu berpada-padalahkan. Namapun benda makan, Allah yang jadikan. Islam ajar kita untuk bersederhana.Apa pun yg kita makan jika berlebihan akan mendatangkan kemudaratan.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...