Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 12 Disember 2012

Sotong Masak Lada Hitam.

Pagi ni cam biasa tinjau peti sejuk, keluarkan sotong. Nak masak apalah ye dengan sotong nie.Hari ni rasa malas melandalah. Nak cari resipi yang simple je. Jom jalan-jalan singgah dari blog ke blog. Jumpa resipi sotong Masak Lada Hitam ni di blog Secubit Garam. Resipi asal menurut kak Nor dari kak Hanieliza. Jom kita try.

Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah

Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin


tip dr K.Nor :
  • sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras
  • boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.
  • angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
  • panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
  • masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.
  • kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidang.
Saya suka juga dengan cara kak Nor tu. Sotong rasa lebih segar dan nampak cantik.  


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...