Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 22 April 2012

Red Velvet Cupcakes

Asalamualaikum...teruskan projek hujung minggu.  Hari ni mengodek red velvet cup kek pulak... Kek hari ni tempahan daripada Pn. Ezni untuk besday anaknya Ardini Umairah yang ke 7 tahun.  Selamat hari jadi.  Inilah rupa keknya.  Kak Mai lum letak strawberry untuk ke semua keknya sebab takut warna strawberi meresap ke cream cheese nanti.  Mencacatkan pula rupanya.  Malam nanti baru dideco lagi...tapi kak mai buat sikitlah sebab nak tunjuk dulu dengan Mama Ardini...Nak tengok ke...jom.....



Nantilah kalau dah siap semuanya kak Mai tambah lagi gambarnye ye...itupun kalau sudi nak tengok.  Resipinya sama je macam red velvet cake cuma masukkan je dalam cup........ hiaslah ikut suka.  Kak Mai memang suka dengan buah dan warna strawberry sebab warna merah red velvet macam sepadan je dengan cream cheese lebih-lebih lagi bila dihias dengan strawberry...... 


Jam 10.20 malam...mata dah mula layu...Alhamdulillah selesai hias cupcakes ni dengan potongan strawberry.


Dah siap pakaikan baju dan makeup.  Sekarang nak siap-siapkan tudungnya pula supaya nampak lebih sopan... 


Alhamdulillah siap dah.  Esok akan sampai ke tangan tuannya..Insyallah . Terima kasih ye Pn. Ezni kerana memberi kepercayaan pada Kak Mai membuat cup kek ni.  Dan untuk Ardini Umairah

 "SELAMAT HARI LAHIR DARIPADA CIKGU SEKELUARGA"

Di sini kak Mai turunkan resipinya:

Bahan-bahan
( Lebih kurang 30 biji Solo Cup 2.5 oz )
  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak )
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 oz pewarna merah( kak Mai  tambah dengan jus roselle)
  • 2 sudu besar koko
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
·
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • 1 sudu besar jus lemon (jika tiada blh guna 1 3/4 sudu cream of tartar)
·
Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese  dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 1/2 cup gula icing, diayak (jika tak suka manis kurangkanlah ye)
Hiasan:
10 biji strawberry (belah 4)


Cara-cara
BUTTERMILK:
  1. Campurkan  jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit.
  2. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh juga. Ikut mane yang sesuai.
KEK:
  1. Ayakkan  tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana.
  2. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.(kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup tapi kak Mai tak guna warna tu sepenuhnya sebab gunakan air rebusan buah roselle krn tak suka guna pewarna terlalu banyak lagipun kebetulan buah roselle banyak di rumah kalau tak de pun tak ape)
  3. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  4. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  5. Campurkan lemon dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan adunan dalam solo cup 2.5 oz (separuh je tau)
  6. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. 
  7.  Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting dan hiaslah dengan potongan strawberry di atasnya supaya lebih menyerlah (tak nak pun tak ape)
CREAM CHEESE FROSTING:
  1. Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  2. Hiaslah ikut kegemaran masing-masig, Kak Mai hias menggunakan buah strawberry yang sedia ada di dalam peti sejuk.  Memang sesuai rasanya yang masam digandingkan dengan cheese dan kek yang manis tu.
  3. Cup kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
Kalau sedap tinggalkanlah komen yang bernas.  Kalau tak sedap diam-diam jelah ye.....he he he...Selamat mencuba ye. 










2 ulasan:

The Black Jubah berkata...

Assalamualaikum,
Cantiknyer...mesti sedap jugek. Macam mana nak ode, brape harga dan ada buat penghantaran ke?

Maizah Jalil berkata...

Wsalam Tempahan min 25 pc RM 75 dengan domenya sekali. Kalau tempah banyak harga boleh runding. Kalau tinggal berhampiran Bukit Mahkota boleh hantar. Tempahan kalau sedikit maklumkan 3 hari awal kalau banyak semiinggu awal. Terima kasih.

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...