Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 25 Oktober 2014

Bingka labu lemak manis.




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kisah disebalik labu saja nak dikongsi bersama. Lebih dua minggu aku tak ber "bibik". Luar rumah pun tak sempat nak dikemas asyik sibuk di dalam rumah yang tak berhabis. Cuti Deepavali kali ni sekolah aku beraya sakan cuti berganti diambil selama 2 hari hingga Jumaat. Seronoknya bercutikan. Ambil kesempatan cuti-cuti ni melangkah ke luar kawasan rumah...Hurm biasalah sang rumput lebih panjang dari pokok-pokok bunga, bukan bangau jer lehernya panjang, lalang lagi megah ribun menari2 ditiup angin...tuan rumah yang tak gumbira melihatnya..sakit mata. Sedang leka merumput, aku disapa jiran ku yang jarang2 juga ada dirumah sesekali balik sebab mengusahakan kebunnya di Perak. Sambil berbual tangan mencabut lalang2 yang panjang di celah-celah pokok bunga yang tak beberapa rimbun..

Sekejap jer berbual sebab lama tak jumpa, Jiranku pun masuk ke rumahnya semula. Sedang aku dan anak-anak ku leka, muncul semula jiranku yang ramah dan baik budinya sambil berkata "makan labu tak?" Kalau korang tempat aku nak kata apa? Tak kan nak tolakkan  ni namanya rezeki datang bergolek. Sambil terima dalam kepala dah terbayang pengat labu, bingka labu, sayur lemak labu dan memikirkan dua tiga hari ni menu aku pasti labu ha ha ha.....

Pagi-pagi aku dah skodeng blog kawan-kawan dan aku tersangkut dengan resipi dari blog Dapur MaDiHa. Terima kasihlah ye. Cuma aku ada ubah sikit ikut kuatiti labu yang aku guna. Jika ikut resipi tu labu tu hanya 2 cawan saja  tapi aku agak2 je guna 1/2 biji labu. Ini disertakan resipi yang dah diolah semula oleh ku. Alhamdulillah jadi juga...aku kembalikan sebahagian kuih tu buat jiranku yang baik budi. Kalau tak kerana labu ni sampai hari ni sepanjang hidupku , aku tak pernah buat bingka labu...

BINGKA LABU LEMAK MANIS



BAHAN-BAHAN
3 biji telur
1 kotak santan 200ml (tambah 2 cawan air)
3/4 cwn susu cair
3 cwn tepung gandum
3/4  cwn gula pasir halus
3/4 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar butter
1/2 biji labu  labu (kukus)
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih




CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan butter/mentega, panaskan sebentar.
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.




Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.





Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...