Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Ahad, 24 Februari 2013

Roti Boy




Assalamualaikum. Apa khabar semua. Hari ni cuba-cuba buat rotiboy yang rasanya ramai yang kenal dengan namanya yang ternyata roti yang harum dan sedap dengan rasa kopi yang sungguh sedap dimakan ketika masih panas. Biasanya kalau pergi Mall anak2 pasti minta dibelikan rotiboy nie. 

Hari ni ronda-ronda dengan mr google berminat singgah di My Resipi, Resipi dari Diana. Jom kita skodeng resipinya nie...



Bahan-bahan ( 16 atau 17 biji )

Bahan untuk Inti 

100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

Caranya:

Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Masukkan dalam mangkuk dan simpan dalam peti sejuk


Cuba bulatkan guna sudu dan sejukkan semula  biar membeku.

Bahan untuk Topping 

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air suam
secubit serbuk kayu manis
100 gram tepung serbaguna, diayak

Caranya:

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.






Bahan untuk Doh Manis 

500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air 
60 gram mentega, dilembutkan

Caranya:

Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian lebih kurang 60 gram ( dapat 16 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.




Cara untuk membuat Roti Boy :

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam.








Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.









Sedap dihidangkan ketika masih panas. Ternyata sedap sangat. Lembut di dalam dan garing di luar. Terima kasih Diana. Selamat mencuba ye.

1 ulasan:

adda syuhada berkata...

roti boy ni betul2 menggoda di anak tekak..

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...