Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Sabtu, 9 Februari 2013

Mi hoon sup sempoi


Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. hari ni semua anak-anak ada. Alang sampai dari Pengkalan Hulu jam 10 malam tadi, Along memang sedang bercuti yang lain-lain tu memang duduk asrama ibu & ayah. Ambil kesempatan semuanya ada di rumah, Mr Hubby minta masak sesuatu. Cari gali bahan yang ada di dapur...Tadaaa ni je yang termampu untuk pagi ni......Mi Hoon Sup Sempoi se sempoi nye......




Bahan-bahan:


1/2 bungkus mi hoon direndam ngan air mendidih dan toskan.
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil 
sedikit halia
1 sudu makan cili kisar.
garam dan secukup rasa 
1 camt gula
10 ekor udang
4 biji telur
sawi
daun sup dan daun bawang (hiris)
Bawang goreng 
Sedikit minyak untuk tumis.









Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan sedikit minyak. tumis bahan yg ditumbuk. Bila dah kekuningan masukkan satu sudu cili kisar. Tumis lagi. Masukkan air secukupnya biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan secukup rasa. Masukkan udang, pecahkan telur sebiji-sebiji ( pecah dalam mangkuk satu-satu yo takut telur rosak, nanti sebab telur sebiji rosak kuah sup sebelanga) Masukkan sawi Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kalau nak pedas simbah dengan kuah kicap cili api.












 Kuah kicap (jika suka)

2 ulas bawang putih

10 biji cili api
Kicap manis

Cara: Bland semua, panaskan atas api sebentar (tak pun tak apa tapi kak Mai suka panaskan sebagai langkah keselamatan)


Mi sup ni kurang meriah, cuma ada telur n udang je, boleh tambah fish ball dan fish cake menambah kemeriahannya....kalau tak ada tak menjejaskan pun kalau kak Mailah sbb anak-anak bukan suka pun ball2 n cake2 tu kalau ada mereka ketepikan je.



Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...