Assalamulaikum semua. Lama dah intai2 resipi apam polkadot ni tapi tak berkesempatan nak buat. Hari ni nekad je sebab bibik kak Mai nak balik esok nak ajarlah cam mana buat apam ni supaya balik nanti boleh bisnes di sana. Sebelum ni dah beri resipi dan ajar macam mana buat kek dan coklat. Rasanya ilmu tak baik kedekutkan..seronok kalau ianya dapat membantu sesama insan.
Apam polkadot kak Mai buat untuk pertama kali nie taklah secantik mana pun. Mula2 lagi dah tersilap ….akhirnya…inilah hasilnya.
Kalau nak try buat cuba ikut step di bawah..insyallah jadi…..
APAM POLKADOT(Step by step) Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium/90 biji papercup small )
- 3 biji telur (gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- Pelbagai jenis filling (eg kaya, strawberry, lemon, blueberry dll)
- pewarna pilihan
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna pilihan bagi setiap adunan .
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag yang berbeza .Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas(separuh cup sahaja)
Masukkan filing dalam plastik kemudian picitkan di tengah-tengah.
Tutup semua bahagian filling dengan memicit adunan hingga hampir penuh.Akhir sekali dot-dot kan dengan adunan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Nota: Mulanya kak Mai cuma titikkan saja terus pewarna makanan dari botol menggunakan lidi…
Inilah hasilnya tidak memuaskan langsung sebab dot dotnya nampak kecil.
Kemudian kak Mai ambil lebihan adunan dan kak Mai picitkan dot-dot …he he he…barulah jadi…
Belajar daripada kesilapan Tak cuba tak tahu ……..Selamat mencuba.
2 ulasan:
nape sye pun ye apam xgebu erk?? mcm xnaek jew
Berkemungkinan: Putar tak cukup kembang atau terkurang letak baking powder atau masa kukus air termasuk dalam apam tu. Jangan putus asa cuba lagi.
Catat Ulasan