Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Khamis, 2 Jun 2011

Rendang udang galah

Rendang udang 1.6.2011 003
Udang galah ni masih segar lagi.  Ambil dari kampung, kak long Murni sekeluarga pancing.  Best……………Ambil kesempatan masak rendang masa cuti sebab semua anak ada…..Kalau nak cuba ini resipinye….
Bahan-bahan:
1 kg udang
2 sudu besar rempah kari ikan
Daun kunyit dan daun limau purut(hiris)
3 sudu kerisik(lebih lagi sedap)
Minyak untuk menumis
Santan (1biji kelapa)
sedikit gula enau
Garam secukup rasa
Asam keping

Bahan B:
Sedikit cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis(untuk tumis)

Bahan-bahan C(kisar):
2 labu bawang besar (malas guna bawang kecil…lambat)
3 batang serai
6 ulas bawang putih
1 in halia
1 in kunyit
sedikit lengkuas
Cara:
Kisar bahan B.  Panaskan minyak dan tumis bahan B sebentar dan masukkan bahan C. Tumis hingga naik bau kemudian masukan santan dan asam keping.  Biar hingga pecah minyak baru masukkan udang, garam, sedikit gula enau dan daun limau.  Kacau sebentar kemudian masukkan kerisik. Sebelum angkat masukkan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan….yummy. Selamat mencuba.

1 ulasan:

putera & keluarga berkata...

best nya mesti sedapkan

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...