JOM MASAK
DARI DAPUR AMANDA PUTRI
Rabu, 8 April 2020
Sabtu, 11 Julai 2015
Tart buah tin
Tart buah tin
Bahan:
250 gm butter
2 camb gula kastor
2 biji kuning telur
1 camt minyak sapi
31/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
2 camb tepung kastad*
sedikit garam halus
* ayak semua tepung sekali
Cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
Masukkan kuning telur dan minyak sapi dan putar lagi. Kurangkan speed. Masukan garam, tepung sedikit sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut. Terapkan doh atau bentukkan ikut acuan yang di gemari letakkan jem kemudian palangkan denga sedikit adunan . Mengapa perlu dipalangkan atas tart tu ye??? Bukan sekadar hiasan tujuan utama untuk melindungi jem tu melekat pada bahagian bawah biskut semasa disusun di dalam bekas kuih.Selamat mencuba.
Bagaimana pula dengan jemnya ye? Apa-apa jem yang dirasa sedap boleh digunakan. Di sini saya menggunakkan jem yang dibuat daripada buah tin.
Jem buah tin:
1 mangkuk buah tin kisar
1/2 mangkuk gula pasir
sedikit parutan kulit lemon
jus lemon ikut suka banyak mana
Masak semua dalam periuk kecuali gula. Kacau hingga
pekat baru masukkan gula. Kacau lagi hingga betul2 pekat . Sejukkan sedia untuk digunakan.
Selamat mencuba
Biskut Dahlia
Dahlia:
Bahan:
300 gm butter
160gm gula icing
2 biji kuning telur
1 camt esen vanilla
240gm tepung gandum*
100gm tepung jagung*
160 gam tepung kastard*
* gaul rata dan ayak
Cara:
Putar mentega dan gula icing sebati sahaja tidak perlu sampai kembang.Masukkan kuning telur dan vanilla putar sebati. Perlahankan speed kemudian masukkan tepung sesikit-sedikit hingga habis. Masukkan doh dalam alat penekan dan letaklah ceri merah di atasnya. Bakar suhu 170C selama 25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas. Ternyata memang sedap dan rangup. Selamat mencuba.
Rabu, 8 Julai 2015
SERABAI DENGAN KUAH DURIAN
Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian
Bahan-bahan:
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam
Caranya:
Kuah durian
1 keping gula melaka @ gula enau
2 mangkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
sedikit tepung gandum bancuh dgn air. (jika perlu untuk memekatkan kuah)
Caranya
Bahan-bahan:
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam
Caranya:
- Yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif..
- Kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati ..
- Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
- Panaskan kuali kecik (mudah guna non stick) sapu dgn sedikit minyak ...biar betul2 panas kuali tu masukkan sesenduk kecil... sederhanakan api dapur dan tutup acuan agak2 dah kering permukaan atas menandakan dah masak...bolehlah diangkat.
Kuah durian
1 keping gula melaka @ gula enau
2 mangkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
sedikit tepung gandum bancuh dgn air. (jika perlu untuk memekatkan kuah)
Caranya
- Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis untuk membuang bendasing .
- Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi..
- Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...
NASI ARAB
NASI ARAB
Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan
putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam,
rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan
gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg
yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg
menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga
sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3
cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir
mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian
masukkan bhn yg dididhkan tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn
sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar
timun.
Selasa, 7 Julai 2015
PUDING KASTARD JAGUNG BERKUAH
Bahan2 Untuk Kastard
1 cawan tpg kastard
2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air
3 sudu besar gula
1/2 tin jagung kremer dalam tin
Cara cara
Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar
tepung kastad larut dalam susu.
Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan
kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan
Bahan2 Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air(guna sukatan dr tin susu cair juga)
5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara:
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai
didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah
dan tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan
bila sejuk
Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm
mangkuk
Ahad, 26 Oktober 2014
Homemade Lemonade yg pasti segar.
Bahan:
2 biji lemon ( 1/2 atau sedikit di hiris utk hiasan)
gula secukup rasa
sedikit air sejuk
ais
Cara:
- Lemon dipotong lapan (asingkan sikit)
- Kisar semua bahan kecuali ais.
- Tapis.
- Masukkan dlm jug dan tambah ais.
- Sedia di minum.
Sedap sangat anak-anak pun suka terasa kesegarannya.
Sabtu, 25 Oktober 2014
Bingka labu lemak manis.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Kisah disebalik labu saja nak dikongsi bersama. Lebih dua minggu aku tak ber "bibik". Luar rumah pun tak sempat nak dikemas asyik sibuk di dalam rumah yang tak berhabis. Cuti Deepavali kali ni sekolah aku beraya sakan cuti berganti diambil selama 2 hari hingga Jumaat. Seronoknya bercutikan. Ambil kesempatan cuti-cuti ni melangkah ke luar kawasan rumah...Hurm biasalah sang rumput lebih panjang dari pokok-pokok bunga, bukan bangau jer lehernya panjang, lalang lagi megah ribun menari2 ditiup angin...tuan rumah yang tak gumbira melihatnya..sakit mata. Sedang leka merumput, aku disapa jiran ku yang jarang2 juga ada dirumah sesekali balik sebab mengusahakan kebunnya di Perak. Sambil berbual tangan mencabut lalang2 yang panjang di celah-celah pokok bunga yang tak beberapa rimbun..
Sekejap jer berbual sebab lama tak jumpa, Jiranku pun masuk ke rumahnya semula. Sedang aku dan anak-anak ku leka, muncul semula jiranku yang ramah dan baik budinya sambil berkata "makan labu tak?" Kalau korang tempat aku nak kata apa? Tak kan nak tolakkan ni namanya rezeki datang bergolek. Sambil terima dalam kepala dah terbayang pengat labu, bingka labu, sayur lemak labu dan memikirkan dua tiga hari ni menu aku pasti labu ha ha ha.....
Pagi-pagi aku dah skodeng blog kawan-kawan dan aku tersangkut dengan resipi dari blog Dapur MaDiHa. Terima kasihlah ye. Cuma aku ada ubah sikit ikut kuatiti labu yang aku guna. Jika ikut resipi tu labu tu hanya 2 cawan saja tapi aku agak2 je guna 1/2 biji labu. Ini disertakan resipi yang dah diolah semula oleh ku. Alhamdulillah jadi juga...aku kembalikan sebahagian kuih tu buat jiranku yang baik budi. Kalau tak kerana labu ni sampai hari ni sepanjang hidupku , aku tak pernah buat bingka labu...
BINGKA LABU LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
1 kotak santan 200ml (tambah 2 cawan air)
3/4 cwn susu cair
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula pasir halus
3/4 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar butter
1/2 biji labu labu (kukus)
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
3 biji telur
1 kotak santan 200ml (tambah 2 cawan air)
3/4 cwn susu cair
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula pasir halus
3/4 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar butter
1/2 biji labu labu (kukus)
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan butter/mentega, panaskan sebentar.
- Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
- Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
- Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Selamat mencuba.
Ahad, 19 Oktober 2014
Homemade Fig Jam
Bahan:
1 mangkuk buah tin segar (dihiris dengan kulit)
1/2 mangkuk gula pasir
1 biji lemon ( parut kulit dan ambil jus)
Sedikit air kosong
Cara:
- Masukkan semangkuk buah tin segar dalam periuk atau kuali.
- Masak di atas api perlahan dengan sedikit air kosong.
- Masukkan parutan lemon dan kacau sehingga likat.
- Masukkan gula dan kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan jus lemon.
- Kacau supaya tidak berkerak atau hangus.
- Sejukkan dan dibotolkan. Simpan di dalam peti sejuk.
Jika berminat untuk menanam pokok fig @ tin boleh pm Amanda Putri's Garden atau singgah di blog kami.
Langgan:
Catatan (Atom)