Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Rabu, 13 Mac 2013

Devil 's Food Chocolate Cake




Assalamualaikum semua. Hari ni 13 Mac 2013, ulang tahun kelahiran suamiku. Dari semalam dok bincang dengan anak-anak nak buat  kek ape untuk ayah. Angah cadangkan red velvet, bila ditanya adik-adiknya suka coklat cake. Memanglah hari lahir ayahnya, tapi tukang makan keknye nanti mestilah anak-anaknyekan. So kena tanya tukang makanlah. Kak Mai dan suami makan juga tapi makan tu agak-agaklahkan. Kena jaga kesihatan lagi bila dah usia semakin meninggi nie. Balik sekolah Kak Mai dah bersiap sedia nak buat kek ni....menjelang anak-anak balik pukul 5.45 petang kek sudah pun kak Mai siapkan. Alhamdulillah.

Jom tengok gelagat anak-anak kak Mai  yang baru saja balik dari sekolah nie.......angah kak Mai dah minta dia belikan hadiah untuk ayahnya dan  uruskan pizza  PHD.....


Ateh: Bu tak de belon ke? Nantilah ibu cari kot-kot ada yang lama punya...Yes...jumpalah juga. Tapi sedih dah tiup dua baru nak gantung dah pecah yang lain tu bocorlah pulak. Maklumlah dah lama ditelan usia belon tu.

Jom tukar plan .....




Perkara biasa kalau nak sambut hari ulang tahun....berlumba2 menyiapkan ucapan untuk ayahnya maklumlah punya masa tak panjang, balik sekolah pun dah petangkan. Jeng-jeng jeng...siap jua dalam masa lebih kurang 15 min......





Jam hampir kul 7.00 petang. Masing-masing dah sedia depan pintu. Memang menggelikan hati melihat gelagat mereka ni.... Acik: Ayah dah sampai, ayah dah sampai.....Mereka pun  berbaris depan pintu...."Happy Birthday Ayah".......




Selamat Hari Lahir.......semoga sentiasa dilindungi dan kebahaiaan menjadi milik kita sekeluarga...amin.






Resipi Devil's food chocolate cake.





Resipi ni lama dah kak Mai simpan tunggu masa yang sesuai untuk membuatnya, Kalau dilihat macamlah susah sangat nak buatnya. Rupanya taklah susah mana pun. Ternyata sedap sangat dan mudah.


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie  n Azlita Masam Manis.

Bahan Kek Coklat 


2 cawan tepung gandum

1 / 2 cawan cocoa powder

1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(1/2 cawan susu + 1 sudu kecil cuka biar 10 minit).

1 cawan air suam

Panaskan oven pada suhu 170C

Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese(kak Mai guna tatura)
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ( kak Mai x letak pun)

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan



Melapis Kek

Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. Lap mata pisau dan potong.


Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...